Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNRWA: KEADAAN KELANGSUNGAN HIDUP 75,000 PENDUDUK GAZA SEMAKIN MERUNCING

DUNIA

UNRWA: KEADAAN KELANGSUNGAN HIDUP 75,000 PENDUDUK GAZA SEMAKIN MERUNCING

Agensi Kerja daan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sumber Gambar: AFP

NEW YORK: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA dalam hantaran di platform X pada Khamis menjelaskan bahawa anggaran menunjukkan antara 65,000 dan 75,000 orang masih terperangkap di kawasan utara Gaza yang dikepung dan selama lebih 50 hari mereka berhadapan dengan keadaan hidup yang semakin kritikal.

Ia turut menyebut kawasan Jabalia, Beit Lahia dan Beit Hanoun hampir tidak menerima bantuan kemanusiaan selama beberapa minggu di tengah-tengah permusuhan ganas yang berterusan.

UNRWA menambah bahawa sejak tiga hari lalu menyaksikan hujan lebat dan penurunan suhu yang ketara, manakala ribuan keluarga yang dipindahkan dari kawasan terkepung kini berdepan kesejukan dan hujan musim sejuk tanpa selimut, tilam atau tempat berlindung yang mampu melindungi mereka daripada air.

“Dari 6 Okt hingga 25 Nov 2024, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat 91 percubaan berulang untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke tiga kawasan ini, tetapi 82 percubaan ditolak secara mutlak, manakala sembilan lagi dihalang,” menurut agensi itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading