KES BUNUH: MAHKAMAH DIBERITAHU DUA SAKSI NAMPAK PELAJAR DIPUKUL
Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka melihat pelajar itu dipukul di bilik asrama kolej pada malam 21 Mac lepas.
TAWAU: Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka melihat pelajar itu dipukul di bilik asrama kolej pada malam 21 Mac lepas.
Kedua-dua saksi yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu itu turut memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada warden asrama kerana takut mereka juga akan turut dipukul.
Saksi pendakwaan ketujuh pada pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri berkata pelajar itu dipukul lima tertuduh iaitu tertuduh pertama, ketiga, keempat, kelima dan keenam di bilik asrama 7 Resak.
“Tertuduh pertama menumbuk perut Ijat (Mohamad Nazmie), ketika itu Ijat cuba membongkok bagi melindungi badannya daripada dipukul dan reaksi (Mohamad Nazmie) seperti menahan sakit,” katanya dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
Batrisyia: Semasa kamu nampak tertuduh pertama menumbuk perut Ijat apa yang tertuduh ketiga, keempat, kelima dan keenam lakukan pada ketika itu.
Saksi: Selepas mereka nampak tertuduh pertama pukul, mereka berempat terus turut memukul Ijat.
Seramai 13 pelajar kolej itu berusia 16 hingga 19 tahun didakwa secara bersama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac lepas hingga 7.38 pagi, 22 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Saksi itu berkata beliau melihat tertuduh ketiga memukul bahagian kepala, tertuduh kelima dan keenam memukul bahagian badan, manakala tertuduh keempat memukul pelajar itu menggunakan kabel pengecas telefon.
Ditanya lanjut mengenai perbuatan memukul menggunakan kabel pengecas telefon itu, saksi memberitahu tertuduh keempat menggunakan kabel itu bagi melibas bahagian belakang pelajar itu.
Sementara itu dalam keterangannya saksi itu berkata pada malam itu dia dan Mohammad Nazmie makan di dewan makan kolej itu dan menunaikan solat Terawih, sebelum mereka berdua pulang ke bilik asrama.
“Kami menuju ke bilik asrama Ijat, tetapi saya selepas itu ke bilik asrama seorang rakan di 6 Belian dan selepas 10 minit saya kembali ke bilik asrama 7 Resak, semasa masuk bilik asrama itu saya lihat Ijat dikerumun kelima-lima tertuduh.
“Mereka tanya berkenaan wang milik tertuduh ketiga dan keempat, saya ada dengar ljat mengaku ada ambil wang milik tertuduh ketiga dan keempat. Waktu itu juga ljat bayar RM50 dan RM20, tetapi semasa bayar, tiba-tiba tertuduh pertama menumbuk perut ljat,” katanya.
Sementara itu saksi pendakwaan kelapan memberitahu mahkamah bahawa dia melihat tertuduh pertama memukul muka Mohamad Nazmie, manakala tertuduh kelima menolak pelajar itu ke lokar bilik asrama 7 Resak.
Saksi berkata terdapat tiga lagi individu bersama tertuduh pertama dan kelima dalam kejadian itu, namun beliau tidak pasti siapa individu terbabit dan tidak ingat apa dilakukan mereka.
Selain Batrisyia, pendakwaan dikendalikan bersama Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif dan Ng Juhn Tao.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Chen Wen Jye; manakala lima lagi tertuduh diwakili peguam Mohamad Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang, dan Kusni Ambotuwo.
Perbicaraan disambung Isnin. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked