Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: CUTI ANGGOTA JEMAAH MENTERI DIBEKUKAN – PM ANWAR

DALAM NEGARA

BANJIR: CUTI ANGGOTA JEMAAH MENTERI DIBEKUKAN – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memaklumkan perkara itu berkata semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang ke kawasan bencana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17 hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memaklumkan perkara itu berkata semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang ke kawasan bencana.

“Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Pudina, Presint 17 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada cuti anggota Kabinet akan dibekukan ketika bencana banjir melanda negara pada masa ini.

Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 59,232 mangsa telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Di Terengganu, sebanyak 20,911 mangsa daripada 5,916 keluarga berlindung di 232 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 17,762 orang semalam. 

Negeri lain yang turut terjejas banjir ialah Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, hingga esok. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading