Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

URUSAN KEDUTAAN DAN PEJABAT KONSULAT BERJALAN SEPERTI BIASA – SAIFUDIN

DALAM NEGARA

URUSAN KEDUTAAN DAN PEJABAT KONSULAT BERJALAN SEPERTI BIASA – SAIFUDIN

KUANTAN: Semua urusan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan pejabat konsulat Malaysia di China berjalan seperti biasa serta tidak berlaku masalah kekurangan pegawai,  kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Beliau berkata pegawai terlibat masih menjalankan tugas kerana setakat ini mereka yang dibawa pulang ke Malaysia ekoran penularan wabak COVID-19 di China hanya terdiri daripada pasangan atau tanggungan pegawai terlibat. 

“Semuanya seperti biasa… duta dan konsul jeneral kita bekerja seperti biasa,”  katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, di sini, hari ini. 

Dalam perkembangan lain, katanya, isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dijangka akan mengetuai delegasi Malaysia ke sambutan ulang tahun ke 25 Persidangan Dunia Bagi Wanita dan Deklarasi Bejing dan Pelan Tindakan di New York, September ini.

Malaysia merupakan antara 189 negara menandatangani deklarasi tersebut pada 1995.

Saifuddin berkata Dr Siti Hasmah mengetuai delegasi wanita pada persidangan itu di Beijing pada 1995 yang menyaksikan Malaysia meraktifikasi penghapusan diskriminasi terhadap wanita. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading