Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAKIL RAKYAT MENANG PRN HENTI POLITIK, JALANKAN KERJA – MUFTI P.PINANG

DALAM NEGARA

WAKIL RAKYAT MENANG PRN HENTI POLITIK, JALANKAN KERJA – MUFTI P.PINANG

Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat, di samping memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan untuk semua, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

GEORGE TOWN: Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat, di samping memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan untuk semua, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata setiap wakil rakyat mesti sedar bahawa matlamat sebenar yang dikehendaki di sebalik kemenangan di dalam pilihan raya tidak terhenti dengan kuasa pemerintahan yang berjaya direbut.

“Rakyat telah membuat pilihan, sama ada bersetuju atau tidak, semua pihak mesti akur dan menghormati keputusan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kini setiap wakil rakyat yang telah memenang pada PRN lalu perlu memikul amanah dan tanggungjawab yang berat di hadapan Allah dan seluruh rakyat.

Wan Salim berkata seluruh rakyat akan memerhati dan memantau sejauh manakah mereka yang telah dipilih menepati janji-janji yang ditabur melalui manifesto parti yang diwakili.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading