ADUN MERANTI SAH MB KELANTAN, ADUN TEMANGAN TIMBALAN MB
Dalam majlis yang berlangsung di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, di sini , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar petang ini.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Meranti Datuk Nassuruddin Daud, 58, membaca lafaz Taat Setia semasa mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kelantan sempena Majlis Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian di sini hari ini. –fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Teka-teki mengenai siapakah Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baharu terjawab sudah selepas kedua-dua yang dilantik mengangkat sumpah jawatan itu hari ini.
Dalam majlis yang berlangsung di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, di sini , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar petang ini.
Sementara itu, ADUN Temangan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Perlantikan Mohd Nassuruddin menyaksikan beliau secara rasmi menggantikan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang memegang jawatan Menteri Besar sejak 6 Mei 2013.
Sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri sejak 2013.
Mohd Nassuruddin merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti selama tujuh penggal selepas memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Kesembilan (PRU9) pada 1995.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lepas, Mohd Nassuruddin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berjaya mempertahankan DUN Meranti dalam pertandingan satu lawan satu setelah mengalahkan Zahri Omar dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 9,154 undi.
Mohd Nassuruddin, yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir mendirikan rumah tangga dengan Datin Wan Norhanita Wan Yaakob dan dikurniakan lima cahaya mata.
PAS dan rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan apabila menang 43 daripada 45 kerusi DUN dalam PRN Sabtu lepas.
Sementara itu, Mohamed Fadzli sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri dan mula berkhidmat sebagai ADUN Temangan sejak menang pada PRU12.
Dilahirkan di Machang, Mohamed Fadzli adalah bekas Penolong Profesor Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Undang-undang Harun Mahmud Hashim di universiti sama.
Selain Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, seramai sembilan ADUN turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan pada istiadat hari ini terdiri daripada lapan ADUN PAS dan seorang Bersatu.
Sembilan ADUN berkenaan adalah Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman (Kemahang), Datuk Dr Izani Husin (Kijang), Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Selising), Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor), Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Muhamad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan Datuk Kamarudin Md Nor (Air Lanas). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.