Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA, ANAK MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH

DALAM NEGARA

WANITA, ANAK MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH

KOTA BHARU: Seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross di Jalan Machang, Pasir Puteh, Kampung Kandis, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Muhamad Deri Wahab berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan itu pada 6.56 pagi dan sembilan anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 7.11 pagi.

Beliau berkata mangsa, Nur Faralysa Aisyah Mohd Hasif, 36, tersepit di kerusi pemandu dan berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Anak perempuan wanita itu pula meninggal dunia di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh ketika menerima rawatan.

“Seorang lagi wanita yang juga adik ipar Nur Faralysa patah kaki kanan.

“Pemandu SUV iaitu seorang doktor yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jeli hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Deri berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading