Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QUNUT NAZILAH BUKAN UNTUK PERSELISIHAN, KONFLIK SESAMA MUSLIM – IKIM

DALAM NEGARA

QUNUT NAZILAH BUKAN UNTUK PERSELISIHAN, KONFLIK SESAMA MUSLIM – IKIM

KUALA LUMPUR: Qunut Nazilah adalah doa khusus yang dibaca ketika umat Islam menghadapi ancaman besar terhadap agama dan keselamatan mereka.


Gambar Hiasan – Bernama

KUALA LUMPUR: Qunut Nazilah adalah doa khusus yang dibaca ketika umat Islam menghadapi ancaman besar terhadap agama dan keselamatan mereka.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata ia tidak sepatutnya digunakan dalam konteks perselisihan atau konflik antara sesama Muslim.

“Qunut Nazilah merupakan doa yang memohon perlindungan dan pertolongan Allah SWT dari ancaman musuh. 

“Tindakan membacanya terhadap sesama Muslim adalah bertentangan dengan prinsip persaudaraan dalam Islam dan boleh menimbulkan perpecahan serta kebencian dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKIM menegaskan memandang serius isu pembacaan Qunut Nazilah terhadap sesama Muslim yang sedang hangat diperkatakan.

Semua pihak diseru agar berhati-hati dalam menggunakan Qunut Nazilah dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan politik atau peribadi.

IKIM juga menggesa semua pihak agar merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan mendapatkan nasihat daripada ulama yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tindakan atau keputusan yang berkaitan dengan agama.

“Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian dan perpaduan umat Islam, serta berusaha untuk menyebarkan nilai-nilai Islam yang sebenar, iaitu kasih sayang, toleransi dan persaudaraan,” tambahnya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading