Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA BERANG, TAMPAR PEGAWAI KESELAMATAN MASJID NABAWI

DUNIA

WANITA BERANG, TAMPAR PEGAWAI KESELAMATAN MASJID NABAWI

Seorang wanita bertindak menampar seorang pegawai keselamatan gara-gara dihalang daripada memasuki Masjid Nabawi melalui jalan yang telah ditutup.  

MADINAH: Seorang wanita bertindak menampar seorang pegawai keselamatan gara-gara dihalang daripada memasuki Masjid Nabawi melalui jalan yang telah ditutup.  

Kejadian yang berlaku di perkarangan masjid itu turut disahkan polis Madinah.

Katanya, anggota yang sedang bertugas itu bertindak balas dengan menampar wanita itu selepas diserang.

“Menerusi rakaman itu, wanita itu cuba berjalan melalui laluan pejalan kaki yang tidak dibenarkan.

“Apabila pegawai keselamatan menasihatinya untuk menukar laluan, dia enggan mematuhinya sebelum menampar pegawai keselamatan tersebut” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Susulan kejadian itu, polis yang berada di lokasi kejadian segera meleraikan keadaan dan semua prosedur undang-undang telah diselesaikan mengikut peraturan.

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang wanita menampar pegawai keselamatan selepas tidak dibenarkan memasuki Masjid Nabawi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading