Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA DIPUKUL HINGGA GUGUR MASIH TRAUMA – ABANG MANGSA

DALAM NEGARA

WANITA DIPUKUL HINGGA GUGUR MASIH TRAUMA – ABANG MANGSA

“Adik saya masih trauma. Saya mohon doa orang ramai supaya dia diberi kekuatan untuk mengharungi kes ini yang dijangka mengambil masa yang panjang,”

SUNGAI PETANI: “Dia masih dalam keadaan trauma.”

Demikian luah Firdaus Moktar, 45, abang kepada wanita yang dipukul suaminya sehingga keguguran dalam kejadian Khamis lalu.

Menurut Firdaus, adiknya yang berusia 39 tahun itu kini masih menerima rawatan rapi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan.

Bercakap kepada media di pekarangan Kompleks Mahkamah Sungai Petani hari ini, Firdaus mengharapkan sokongan moral dan doa daripada orang ramai agar adiknya diberikan kekuatan luar biasa untuk melalui fasa pemulihan yang dijangka memakan masa lama.

“Adik saya masih trauma. Saya mohon doa orang ramai supaya dia diberi kekuatan untuk mengharungi kes ini yang dijangka mengambil masa yang panjang,” katanya yang hadir ke mahkamah bersama seorang lagi adik bagi mengikuti proses reman suspek.

Peguam pemerhati mewakili keluarga mangsa, Jamaluddin Ali Mohd Jobran berkata, kecederaan dialami mangsa agak teruk dengan mengalami patah di beberapa bahagian badan termasuk tulang rusuk dan pinggul.

“Pihak pendakwaan diberi tahu mahkamah bahawa janin tersebut perlu dikesan terlebih dahulu dan berkenaan dengan kematian anak itu akan disiasat oleh pihak polis. Kami di pihak peguam masih mengumpulkan dokumen-dokumen sekiranya terdapat tindakan-tindakan perundangan lain yang boleh diambil”

Firdaus turut berharap siasatan dapat dilengkapkan dengan bukti yang kukuh agar keadilan buat adiknya dapat ditegakkan – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading