WANITA MAUT KERETA DIHANYUTKAN ARUS DI TANAH MERAH
Seorang wanita maut manakala seorang lagi terselamat selepas kereta dinaiki dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah, awal pagi ini.
KOTA BHARU: Seorang wanita maut manakala seorang lagi terselamat selepas kereta dinaiki dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi mengenai sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang dihanyutkan arus di kawasan berkenaan.
“Jentera bomba tiba di lokasi tiga minit kemudian dan operasi mencari serta menyelamat segera dijalankan. Mangsa pertama, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin berjaya diselamatkan manakala seorang lagi wanita Siti Gayah Zakaria didapati hilang.
“Mangsa kedua (Siti Gayah) ditemukan pada 7.49 pagi tadi tidak jauh dari lokasi kereta berkenaan tersangkut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Operasi melibatkan anggota BBP Tanah Merah bersama sebuah jentera FRT sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintenden Muhd Haki Hasbullah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada 4.10 pagi sebelum Siti Gayah, 70, ditemukan oleh orang awam pada 7.45 pagi.
Beliau berkata mayat mangsa dijumpai 120 meter dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.
“Saya ingin menasihati orang ramai agar berwaspada ketika musim monsun timur laut khususnya ketika berada di jalan raya atau kawasan berisiko banjir.
“Elakkan melalui kawasan yang mudah dinaiki air atau sungai yang arusnya deras,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai juga disaran mengurangkan kelajuan dan menjarakkan kenderaan semasa hujan bagi mengelakkan kemalangan selain segera menghubungi pihak berkuasa jika melihat kejadian berbahaya atau individu yang memerlukan bantuan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked