Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA TULAR PANDU ALZA SECARA BAHAYA DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

WANITA TULAR PANDU ALZA SECARA BAHAYA DITAHAN POLIS

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan seorang wanita yang memandu kenderaan jenis Perodua Alza secara merbahaya, di Jalan Reko, Kajang, pada Sabtu lepas.

Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, pasukan Risikan atau Operasi JSPT Bukit Aman telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut di Kajang, Selangor.

Menurutnya, dalam video yang tular itu juga memaparkan tiga orang kanak-kanak yang menaiki kenderaan sama dalam keadaan berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan mereka di bahagian penumpang hadapan dan belakang.

“Wanita itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang bagi tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan Akta 574 kerana perbuatan dilakukan itu membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain, juga di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan serta pengabaian ke atas kanak-kanak,” katanya.

Dalam masa yang sama, JSPT mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada warganet yang menyalurkan maklumat agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.

“JSPT menyeru agar semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sesekali membawa penumpang terutama kanak-kanak dalam keadaan yang berbahaya,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading