BANDAR UTAMA: Syarikat konglomerat, Kumpulan Mofaz Sdn Bhd (MOFAZ) meletakkan lima tunjang baharu bagi memacu perniagaannya untuk dekad akan datang selepas 43 tahun bertapak kukuh di pasaran dalam dan luar negara.
Lima teras perniagaan baharu MOFAZ itu ialah pembinaan, automotif, perdagangan, pembangunan hartanah serta industri hospitaliti dan perkhidmatan.
Presiden MOFAZ, Mohamed Fauzy Abdul Hamid juga menegaskan tahun 2020 akan menjadi permulaan baharu syarikat konglomerat itu.
Mengakui kejayaan MOFAZ adalah hasil kerja keras kakitangannya selama 43 tahun, Mohamed Fauzy berkata syarikat konglomerat itu juga akan menggunakan falsafah perniagaan “Wasillul Arham” atau rangkaian kerjasama bermakna bagi mengukuhkan perniagaan pada dekad akan datang.
“Untuk makluman semua, terutamanya masyarakat bumiputera, MOFAZ kini menjangkau usia 43 tahun. Bagi saya yang menerajui MOFAZ dari mula hingga sekarang, tidaklah menjadi perkara ajaib atau luar biasa. Saya hanya insan biasa.
“Keteguhan MOFAZ adalah hasil titik peluh semua kakitangan MOFAZ pada masa kini mahupun yang telah bersara dan juga sahabat-sahabat dalam semua rangkaian industri yang menyumbang bakti bekerjasama baik dari segi wang ringgit dan kudrat yang tidak mengenal penat lelah dan ketaatan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam 43 Tahun MOFAZ di One World Hotel di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Redzuan Yusof; Pengerusi TERAJU, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Penerbit Sinar Harian, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf dan Pengerusi AlHijrah Media Corporation, Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif MOFAZ, Datuk Zulkifli Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif AlHijrah Media Corporation, Namanzee Harris.
Semalam, MOFAZ meraikan 43 penubuhannya yang bermula sebagai pengedar Nestle pada 1977 sebelum berkembang menjadi syarikat konglomerat ternama dalam industri marin, penerbangan, sukan permotoran, automotif, perdagangan domestik dan antarabangsa serta hospitaliti dan perkhidmatan.
MOFAZ juga pendokong kuat kepada Wawasan 2020 yang digagaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut memuji kejayaan syarikat konglomerat itu dalam rakaman video ditayangkan pada majlis makan malam itu.
“Tidak banyak syarikat bertahan sejajar dengan perjalanan masa. Bagaimanapun MOFAZ telah berjaya berkembang daripada perniagaan kecil kepada sebuah syarikat yang berjaya dalam pelbagai bidang. Saya percaya usahawan bumiputera berkemampuan untuk berjaya dalam perniagaan jika bersabar dan bekerja keras seperti MOFAZ,” kata Perdana Menteri.
Pada majlis makan malam itu, Mohamed Fauzy turut meraikan kakitangan MOFAZ yang berjasa hingga membawa kepada kedudukan kukuh syarikat konglomerat itu. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.