Permit haji untuk perkhidmatan badal haji yang dilaksanakan oleh individu yang tidak menetap di Makkah sudah mencecah RM13,000 dan ia tidak termasuk kos-kos lain.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan supaya berwaspada dan membuat semakan apabila menerima tawaran perkhidmatan badal haji dengan harga terlalu rendah berbanding harga pasaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Petugas Operasi Tanah Suci MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd, Mukhtar Abdul Latiff, berkata permit haji untuk perkhidmatan badal haji yang dilaksanakan oleh individu yang tidak menetap di Makkah sudah mencecah RM13,000 dan ia tidak termasuk kos-kos lain.
“Tasrih haji (permit) sahaja harganya RM13,000, kerana semasa musim Haji seperti di Arafah, Muzdalifah, semua (kawasan) ada polis atau tentera jaga. Mereka (yang menawarkan perkhidmatan badal haji) hanya boleh masuk ke kawasan-kawasan ini jika ada permit, dan kos ini tidak termasuk makan, minum dan pengangkutan.
“Kalau ikut (pengiraan) keseluruhan, kos badal haji termasuk permit mencecah RM15,000 hingga RM16,000. Jadi kalau ada pihak yang mahu lakukan badal haji, contohnya di Malaysia, dengan kos RM15,000, maka kita faham beliau lakukan haji ada permit,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Katanya, petugas badal haji yang tidak perlu permit haji kerana menetap di Makkah pun tidak akan mengambil upah untuk melaksanakan badal haji jika harga yang ditawarkan hanya RM1,000 apatah lagi jika lebih murah daripada itu kerana kos yang perlu mereka tanggung.
“Walaupun mereka (petugas) tidak perlu permit, mereka tetap tidak akan ambil upah RM800 atau RM1,000. Contoh seperti dari Mina ke Arafah sahaja, satu kereta sudah ambil tambang 600 rial (RM745.31) kerana musim haji yang menyebabkan kosnya naik terlalu tinggi.
“Minimum (bayaran) yang logik mereka akan ambil mungkin sekitar RM4,000 hingga RM5,000, tetapi kalau atas daripada paras harga itu, ia lebih bagus. Masyarakat kalau mahu lihat jika ada unsur penipuan…perkara yang paling mudah untuk lihat adalah pada harga badal haji ini,” katanya.
Mukhtar berkata masyarakat perlu cakna dalam memilih petugas badal haji yang dipercayai bagi melaksanakan ibadah itu dan bukan hanya memilih perkhidmatan murah sahaja.
Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Mohd Khairul Hafiz, 31, berkata beliau pernah ditawarkan untuk melaksanakan badal haji serendah RM1,200 untuk arwah bapanya, namun beliau menolak kerana khuatir akan menjadi mangsa sindiket penipuan.
“Saya terjumpa promosi upah haji RM1,200 itu di Facebook dan apabila menghubungi pihak terbabit, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena…tiada sebarang maklumat mengenai agensi berkenaan, malah tiada sebarang bukti bagi operasi sebelum ini,” katanya.
Pada 20 Mei lalu, Tabung Haji (TH) menyarankan agar orang ramai berwaspada dan berhati-hati dengan badal haji atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu.
TH memaklumkan tawaran badal haji sekitar RM1,000 hingga RM3,500 disifatkan terlampau murah jika dibandingkan dengan kos permit dan perbelanjaan yang perlu ditanggung untuk menunaikan ibadah haji.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar turut menasihati umat Islam yang menjadi mangsa penipuan badal haji untuk membuat laporan polis memandangkan kes itu masih berlaku.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager