Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WHO BIMBANG AMARAN KOSONGKAN HOSPITAL AL-QUDS

DALAM NEGARA

WHO BIMBANG AMARAN KOSONGKAN HOSPITAL AL-QUDS

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu menyuarakan kebimbangan terhadap amaran Israel supaya mengosongkan Hospital Al-Quds yang terletak di  utara Semenanjung Gaza. 

“Selain menempatkan pesakit dan petugas kesihatan, ratusan lagi yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang berlindung di kawasan hospital itu…,” kata WHO menerusi catatan di X, lapor Agensi Berita WAFA.

Selain itu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus turut melahirkan kebimbangan beliau mengenai ancaman Israel itu, menerusi catatan di akaun X beliau.

“Seperti yang WHO telah tegaskan berulang kali, mustahil untuk petugas di hospital yang sesak itu mampu untuk memindahkan pesakit dengan selamat.

“Mereka (petugas) mesti dibenarkan melaksanakan fungsi mereka untuk menyelamatkan nyawa. Mereka mesti dilindungi, ” tegas beliau.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds di Gaza daripada ancaman serangan Israel.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading