ZAKAT FITRAH DI PERAK DITETAPKAN RM10, RM16 DAN RM27 – TIMBALAN MUFTI
Zamri dalam sidang media berkata kadar zakat Perak lebih tinggi daripada Selangor kerana mengambil kira hasil kajian dilakukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selain kadar pengiraan itu sendiri yang berbeza daripada negeri lain.
Timbalan Mufti Negeri Perak Datuk Zamri Hashim mengumumkan kadar Zakat Fitrah bagi Tahun 1446/2025 sempena Peluncuran Awal Aplikasi MAIPk Bestari di Kompleks Islam Darul Ridzuan hari ini. –fotoBERNAMA
IPOH: Kadar bayaran zakat fitrah di Perak bagi 1446H/2025M ditetapkan sebanyak RM10, RM16 dan RM27 seorang, berdasarkan jenis beras.
Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata kadar RM10 adalah bagi mereka yang menggunakan beras MADANI, beras super tempatan (SST) dan beras putih super import.
“Bagi yang memakan beras rebusan, beras perang dan beras wangi, mereka digalakkan membayar RM16 manakala pengguna beras basmati dan beras pulut digalakkan membayar RM27,” katanya pada majlis pengumuman kadar zakat fitrah itu di sini hari ini.
Tahun lepas, kadar zakat fitrah bagi tiga beras berkenaan di Perak ditetapkan masing-masing RM8, RM16 dan RM24.
Zamri dalam sidang media berkata kadar zakat Perak lebih tinggi daripada Selangor kerana mengambil kira hasil kajian dilakukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selain kadar pengiraan itu sendiri yang berbeza daripada negeri lain.
Kajian di Perak, menurut beliau adalah berdasarkan data daripada dua agensi berkaitan, iaitu Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), serta penetapan Jadual Makanan Asas 2024 oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara.
“Dari situ kita mendapat harga beras, dan MAIPk mengkaji beras paling banyak dimakan di Perak ialah beras SST dan beras import. Namun, disebabkan kekurangan beras tempatan, dirumuskan oleh KPKM terdapat beras MADANI, iaitu campuran kedua-duanya.
“Satu kilogram beras MADANI berharga kira-kira RM4.10. Apabila ditukar kepada satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.6 kilogram, ia menjadi sekitar RM10 lebih. Maka, kita mendapat kadar asas (zakat fitrah) itu selepas dibundarkan kepada RM10,” katanya.
Berdasarkan pengumuman Lembaga Zakat Selangor pada Isnin lepas, kadar zakat di negeri itu pada Ramadan kali ini ditetapkan sebanyak RM7, RM15 dan RM22 seorang, berdasarkan jenis beras.
Sementara itu, majlis sama turut menyaksikan pelancaran aplikasi MAIPk Bestari oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut dihadiri Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Inovasi kutipan pembayaran zakat melalui sistem digital QR sama ada menerusi amil dilantik atau bayaran terus kepada MAIPk itu, menjadikan kutipan zakat lebih mudah, cekap, telus dan selamat.
Aplikasi berkenaan juga membolehkan pembayar menyertai program wakaf dengan lebih mudah, pada kadar bermula serendah RM1 sahaja. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.