BUKA AIB PASANGAN DI MEDIA SOSIAL BAWA FITNAH, PERPECAHAN DALAM KELUARGA – MOHD NA’IM
Mohd Na’im berkata membuka aib pasangan di media sosial bukan penyelesaian, begitu juga dengan trend mencabar suami kerana ia boleh membawa kepada fitnah, kebencian dan perpecahan dalam keluarga serta masyarakat.
PUTRAJAYA: Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bukan sahaja menjejaskan maruah diri dan keluarga, tetapi bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dalam dunia serba canggih hari ini, media sosial sering digunakan untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kisah hidup.
“Bukan semua perkara perlu dipertontonkan di media sosial,” katanya kepada Bernama berhubung video tular seorang pempengaruh mencabar suaminya untuk minum susu badan dengan menawarkan sejumlah wang.
Mohd Na’im berkata membuka aib pasangan di media sosial bukan penyelesaian, begitu juga dengan trend mencabar suami kerana ia boleh membawa kepada fitnah, kebencian dan perpecahan dalam keluarga serta masyarakat.
“Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam rumah tangga dan mencetuskan mudarat lebih besar, termasuk kes perceraian tidak terkawal,” katanya.
Beliau berkata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan penerangan berkaitan isu berkenaan dalam Bayan Linnas Siri 308 yang menyatakan Jabatan Mufti Mesir selari dengan pandangan Mazhab Hanafi bahawa hukum suami meminum susu isteri adalah haram berdasarkan hujah susu adalah sebahagian anggota manusia.
“Bahagian anggota manusia tidak boleh dimanfaatkan melainkan untuk keperluan darurat. Oleh itu, dapat difahami meskipun tidak berlaku pensabitan mahram, perbuatan suami meminum susu isteri tanpa sebab yang munasabah dianggap sebagai sesuatu yang tiada keperluan,” katanya.
Beliau berkata pensyariatan penyusuan ibu kepada bayi berumur dua tahun ke bawah adalah tuntutan penting demi memastikan perkembangan dan tumbesaran yang sihat, dan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan hak bayi terhadap susu ibu, termasuk trend mencabar suami untuk menghabiskan susu badan isteri adalah tidak wajar dan perlu dielakkan.
Mohd Na’im berkata dalam riwayat Muslim terdapat sebuah hadis yang mengajar agar sentiasa menjaga aib pasangan kerana perkahwinan adalah amanah yang perlu dipelihara.
“Saya menyeru agar kita semua mengambil pendekatan lebih matang dan bertanggungjawab dalam menangani isu rumah tangga.
“Lindungilah maruah keluarga dan jagalah hubungan suami isteri dengan kasih sayang serta kesabaran. Islam mengajarkan kita untuk menjadi pasangan yang membahagiakan mengikut syariat Islam,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager