ZULKIFLI TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Beliau menerima suntikan berkenaan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11 kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Suntikan vaksin yang diterima Zulkifli adalah menerusi program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyokong program vaksinasi tersebut demi kebaikan bersama.

“Saya percaya kalau kita sokong suntikan ini kita menang dari COVID-19.

“Bagi sahabat-sahabat yang berpandangan vaksin tidak boleh, bagi kami kita kena tengok dengan lebih mendalam supaya sama-sama kita berlapang dan buat yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan masyarakat,” katanya ketika ditemui media.

Zulkifli juga memaklumkan para ulamak akan turut menyusul menerima suntikan vaksin COVID-19 dan ia diharap akan dapat menyakinkan masyarakat untuk turut berbuat demikian. — AlHijrah Online

Leave a Reply