KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman antara 10 ahli baharu Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diumumkan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu itu dibuat sebagai menggantikan keanggotaan sebelum ini yang tamat berkuatkuasa pada 15 Ogos 2020.
“Kerajaan berpendirian bahawa keanggotaan Jawatankuasa Teknikal perlu diteliti, dirombak serta disusun semula dan perkara ini sudah tentu melibatkan penamatan keanggotaan sedia ada, pelantikan ahli baharu dan pelantikan semula beberapa ahli sedia ada.
“Kerajaan telah melantik ahli-ahli baharu yang berkepakaran dan berpengalaman luas dalam hukum Syarak, undang-undang syariah atau undang-undang sivil,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Zulkifli berkata pelantikan baharu Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil JAKIM yang turut dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal itu berkuatkuasa mulai 16 Ogos 2020 hingga 15 Ogos 2023.
“Ahli-ahli yang baharu dilantik ini adalah dalam kalangan tokoh yang berintegriti, komited dan dihormati di pelbagai peringkat dan diyakini berupaya untuk memperkasakan kewibawaan Jawatankuasa Teknikal dalam memartabatkan kedudukan undang-undang syariah di Malaysia,” katanya.
Barisan keanggotaan baharu Jawatankuasa Teknikal adalah seperti yang berikut:
i. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman (Pengerusi) (Mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM)
ii. Prof. Datuk Dr. Abdul Monir bin Yaacob (Mantan Profesor, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
iii. Datuk Dr. Hassan Ab Rahman (Mantan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya)
iv. Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin (Profesor Undang-Undang, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
v. Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (Peguambela & Peguamcara, Peguam Syarie dan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia)
vi. Datuk Muhammad Asri Abdullah (Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM dan mantan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak)
vii. Datuk A. Aziz A. Rahim (Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan mantan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Malaysia)
viii. Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM)
ix. Prof. Datin Dr. Raihanah Abdullah (Profesor Syariah, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam merangkap Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
x. Rodziah Muhammad (Peguambela dan Peguamcara dan mantan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah & Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara)
“Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli Jawatankuasa Teknikal yang baru dilantik dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Jawatankuasa Teknikal yang terdahulu atas sumbangan dan kerjasama mereka sepanjang menganggotai Jawatankuasa Teknikal,” kata Zulkifli. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked