Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA, ANAK MAUT DALAM PERJALANAN KE KELAS MENGAJI AL-QURAN

DALAM NEGARA

BAPA, ANAK MAUT DALAM PERJALANAN KE KELAS MENGAJI AL-QURAN

KUALA TERENGGANU: Hasrat untuk menghantar anak ke kelas mengaji Al-Quran tidak kesampaian apabila seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama anaknya maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta.

Insiden itu menyebabkan mangsa, Leftenan Maritim Md Firdaus Omar, 35, dan anaknya Muhammad Lutfil Al-Hadi Md Firdaus, 8, tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Nahas dilaporkan berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang Rabu (2 September 2020).

Mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar anak sulungnya itu ke kelas mengaji Al-Quran dari rumah mereka di Gong Badak.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Tafik negeri, Superintendan Abd Razak Hasan mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading