Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10 RAKYAT PALESTIN TERKORBAN DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL TERHADAP GUDANG BANTUAN DI GAZA

DUNIA

10 RAKYAT PALESTIN TERKORBAN DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL TERHADAP GUDANG BANTUAN DI GAZA

Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terkorban pada pagi Isnin selepas pesawat tentera Israel menyerang sebuah gudang pengagihan bantuan di kejiranan Al-Zaytoun, selatan Bandaraya Gaza.

Gambar FAIL (AFP)

GAZA: Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terkorban pada pagi Isnin selepas pesawat tentera Israel menyerang sebuah gudang pengagihan bantuan di kejiranan Al-Zaytoun, selatan Bandaraya Gaza, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 550 rakyat Palestin telah terkorban ketika cuba mendapatkan makanan di pusat pengagihan bantuan Israel-Amerika.

Sejak pusat-pusat ini diwujudkan akhir bulan lepas, ia menjadi kawasan berbahaya yang digambarkan oleh kumpulan hak asasi manusia dan pemerhati sebagai “perangkap pembunuhan beramai-ramai” yang turut mendedahkan orang awam kepada penghinaan, pemindahan paksa dan penderitaan kemanusiaan yang semakin mendalam.

Perang genosid yang berterusan di Semenanjung Gaza, kini memasuki bulan ke-21, telah menyebabkan hampir 189,000 rakyat Palestin terkorban atau cedera, majoritinya kanak-kanak dan wanita, dengan lebih 11,000 orang masih hilang. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading