10 TAHUN BERSIARAN, CINTA ILMU KEKAL MENDAPAT TEMPAT DIHATI PENONTON

KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun bersiaran di TV AlHijrah, program Cinta Ilmu masih berjaya mendapat tempat dihati penonton.

Perkara itu bukti bahawa program berbentuk pengajian berkitab mampu menarik minat orang ramai untuk kekal menonton pada setiap minggu.

Bermula 7 Mac ini, Cinta Ilmu akan diberi nafas baru yang lebih segar untuk memastikan program itu sentiasa relevan dengan penonton TV AlHijrah dan mampu menarik capaian penonton yang lebih banyak daripada pelbagai sasaran umur.

Musim baharu Cinta Ilmu akan menggunakan kaedah praktikal dan lisan dalam penyampaian barisan panel yang berwibawa serta gabungan visual dam grafik dalam persembahan program.

Ia akan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu bermula jam 7.30 malam hingga 8.00 malam dengan menfokuskan isu akidah dan falsafah pada Isnin, ibadah pada Selasa, serta munakahat dan muamalat pada Rabu.

Antara barisan panel dalam Cinta Ilmu musim baharu ialah Ustaz Badli Shah, Imam Muda Azhar, Ustaz Shahrizan Daud At-Tarubi, Ustaz Roslan Mohamed, Dr Farid Ravi, Ustazah Zawiyah Hassan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, dan Dr Kamilin Jamilin. – AlHijrah Online

Leave a Reply