Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

13 MILITAN AL SHABAAB TERBUNUH DI SOMALIA

DUNIA

13 MILITAN AL SHABAAB TERBUNUH DI SOMALIA

SOMALIA: Sekurang-kurangnya 13 militan al-Shabaab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, terbunuh dan beberapa lain cedera dalam operasi tentera menentang kumpulan itu di wilayah Shabelle semalam, kata seorang pegawai kerajaan.

Agensi berita Anadolu, pasukan khas Somalia yang dikenali sebagai Danab, melakukan operasi tentera berdekatan dengan bandar Leego, barat laut ibu kota Mogadishu, menurut radio tentera Somalia.

Komander kanan tentera di wilayah itu, Ismail Abdimalik Malin berkata, “pasukan khas Danab telah menjalankan operasi menentang kumpulan pengganas al-Shabaab dan membunuh 13 militan serta mencederakan beberapa yang lain”.

Tujuan kami adalah untuk menghapuskan kumpulan militan itu dan membunuh komandernya dan pada masa ini operasi itu berlaku dengan cepat dan dahsyat, katanya.

Operasi dijalankan beberapa hari selepas unit tentera khas itu dilatih di Turki dan pulang ke Somalia.

Komander Tentera Somalia, Jeneral Adawa Yusuf Rage berkata, “saya berterima kasih kepada saudara kami di Turki atas bantuan mereka dalam melatih tentera khas ini yang akan membantu kita menentang al-Shabaab.” — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading