Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

28 RAKYAT PALESTIN MAUT, 93 CEDERA SERANGAN HARI KETIGA ISRAEL DI GAZA

DUNIA

28 RAKYAT PALESTIN MAUT, 93 CEDERA SERANGAN HARI KETIGA ISRAEL DI GAZA

GAZA: Jet tempur Israel pada Khamis meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan ke wilayah rejim, menyebabkan 28 rakyat Palestin maut dan 93 cedera.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa serangan udara Israel setakat ini menyebabkan 93 orang cedera. — FOTO/AFP

GAZA: Jet tempur Israel pada Khamis meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan ke wilayah rejim, menyebabkan 28 rakyat Palestin maut dan 93 cedera.

Menurut statistik terkini pegawai perubatan dan keselamatan Palestin, konflik itu menyebabkan 28 rakyat Palestin, termasuk 15 orang awam, terbunuh selepas dua lagi maut pada petang Khamis di pekan Abassan, lapor Xinhua.

Dua yang maut ialah anggota kumpulan Briged Al-Mujahidin, satu daripada kumpulan bersenjata di Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa serangan udara Israel setakat ini menyebabkan 93 orang cedera.

Kumpulan bersenjata di Palestin dan Israel saling berbalas serangan susulan kematian tiga pemimpin kanan Jihad Islam dalam serangan udara mengejut pada Selasa di Semenanjung Gaza. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading