Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

46 LOKASI TANAH RUNTUH DI SELANGOR DAN KL, 9 TAHAP KRITIKAL

DALAM NEGARA

46 LOKASI TANAH RUNTUH DI SELANGOR DAN KL, 9 TAHAP KRITIKAL

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melaporkan sebanyak 46 lokasi tanah runtuh di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sembilan daripadanya dikategorikan pada tahap kritikal, setakat hari ini.

Menurut Laporan Kejadian Tanah Runtuh Monsun Timur Laut yang dikeluarkan jabatan tersebut sembilan lokasi tanah runtuh itu melibatkan dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu Kampung Palimbayan, Sungai Penchala dan Taman Duta, Seri Duta.

Selebihnya adalah di Selangor iaitu Taman Nusa, Subang; Apartment Teratai, Selayang; Jalan Bunga Anggerik, Taman Melawati; Jalan Melati 7, Taman Seri Melati; Kampung Sepakat, Batu 16, Rawang; Jalan Saidina Hamzah, Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang; dan Jalan Haji Abdul Latif, Kampung Bukit Kapar, Klang.

Bagaimanapun, kesemua kawasan kritikal itu termasuk 37 lagi lokasi tanah runtuh telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan dan JMG juga membuat penilaian serta menjalankan pemantauan berterusan di tapak kejadian tanah runtuh berkenaan.

Laporan tersebut turut memaklumkan 10 lagi tapak kejadian tanah runtuh sedang dalam tindakan secara berperingkat mengikut keutamaan antaranya membabitkan kawasan di Taman Keramat dan Jalan Kia Peng, di sini.

Selain itu di Selangor melibatkan kawasan antaranya Taman Zooview; Riverdale Park Apartment, Ampang; Jalan Wangsa 1; Taman Melur, Ampang; Kampung Sungai Kelambu, Banting; Ukay Perdana, Ulu Klang; Jalan Selayang-Rawang; Jalan Banglo, Batu Arang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading