Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: KORBAN KESELURUHAN KINI 47 ORANG, LIMA MASIH HILANG

DALAM NEGARA

BANJIR: KORBAN KESELURUHAN KINI 47 ORANG, LIMA MASIH HILANG

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan korban akibat banjir hari ini meningkat kepada 47 orang berbanding 46 semalam.

Pertambahan satu mangsa itu melibatkan kes di Pahang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor dan Kelantan masing-masing kekal dengan 25 mangsa dan 3 mangsa seperti dilapor semalam.

Manakala korban keseluruhan di Pahang meningkat kepada 19 orang berbanding 18 mangsa semalam.

“Mangsa di Selangor membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita, manakala di Pahang, 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes korban banjir di Kelantan pula kata beliau membabitkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading