Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

50 JUTA PEKERJA INDUSTRI PELANCONGAN BERISIKO TERJEJAS

DUNIA

50 JUTA PEKERJA INDUSTRI PELANCONGAN BERISIKO TERJEJAS

ANKARA: 50 juta pekerja industri pelancongan dan pengembaraan di seluruh dunia berisiko terjejas akibat koronavirus, demikian ramalan pihak industri.

Pengembaraan antarabangsa dijangka menguncup 25 peratus tahun ini iaitu kehilangan tiga bulan pengembaraan global, kata Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC) dalam kenyataan semalam dipetik agensi berita Anadolu.

Majlis itu menggesa pihak kerajaan mengambil langkah-langkah serius bagi membolehkan pemulihan industri seperti memperkasa fasiliti pengembaraan, menarik balik halangan, memperkenalkan insentif dan sokongan destinasi.

Muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, virus yang secara rasminya dikenali sebagai COVID-19, kini merebak di sekurang-kurangnya 123 negara dan wilayah.

Angka kematian global kini mencecah 5,000 kes dengan lebih 132,000 kes yang disahkan positif, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang turut mengisytiharkan penularan virus itu sebagai pandemik global. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading