Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN DITANGGUHKAN

DALAM NEGARA

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN DITANGGUHKAN

KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa Tahun 1441H/2020M yang dijadualkan pada 6 hingga 11 April 2020M di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya berkata penangguhan itu susulan keputusan kerajaan supaya semua perhimpunan termasuk acara melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19.

“MTHQA yang diurusetiakan JAKIM merupakan acara tahunan negara sejak 61 tahun lalu. Acara ini disertai lebih 60 negara dari seluruh dunia bagi memperdengar bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim,” kata Paimuzi dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam amanat khas mengenai wabak COVID-19 yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan semalam, antara lain meminta semua acara perhimpunan peringkat tempatan atau antarabangsa ditangguhkan bagi membendung penularan wabak itu di dalam negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading