608 INDIVIDU INGKAR PKP, MASIH ADA YANG RENTAS NEGERI

KUALA LUMPUR: Seramai 608 individu yang ditahan akibat ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataan beliau, daripada jumlah tersebut, seramai 580 individu dikompaun, 27 direman dan satu dijamin.

“Individu ditahan kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (46), premis beroperasi lebih masa (42), aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain (96),” menurut kenyataannya.

Ujar beliau, masih ada dalam kalangan masyarakat yang berdegil apabila jumlah yang ditahan kerana merentas negeri dan daerah.

Kesalahan itu menjadi antara kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP tertinggi selepas tidak memakai pelitup muka yang merekodkan seramai 200 individu, manakala gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (147).

Mengenai barang keperluan asas, Ismail berkata bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan secara berterusan dan mudah diperoleh.

Ianya hasil daripada 811 pemantauan harian yang dilakukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas 11 jenis bekalan barangan, semalam.

Tambahnya, pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan 1,166 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKP Pemulihan, dan daripada jumlah itu, 1,161 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala lima premis diberi amaran akibat ketidakpatuhan SOP.—AlHijrah Online

Leave a Reply