Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA RAKAN DIDAKWA BUNUH DI KUIL

DALAM NEGARA

TIGA RAKAN DIDAKWA BUNUH DI KUIL

IPOH: Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di dalam hutan di Tanjung Rambutan, pada 31 Disember lalu.

Tertuduh, N Avinesh Sarma, 22, S Lingehswarran, 24, dan P Siva Raman, 33, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Menurut pertuduhan yang dibacakan, ketiga-tiga mereka yang menganggur didakwa membunuh K Arun, 35, dengan menggunakan parang di dalam hutan berhampiran Kuil Sri Maha Muthu Mariamman, Ladang Tanjung Rambutan antara jam 7.40 malam sehingga 8.45 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili Peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi dan C Kaladevi.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat.—AlHijrah Online/ Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading