Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA KES POSITIF COVID-19, EMPAT PEJABAT EXCO TERENGGANU DITUTUP 14 HARI

DALAM NEGARA

LIMA KES POSITIF COVID-19, EMPAT PEJABAT EXCO TERENGGANU DITUTUP 14 HARI

KUALA TERENGGANU: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup selama 14 hari bermula semalam hingga 30 Jan susulan terdapat lima kes positif COVID-19 di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Empat pejabat ditutup ialah Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar; serta Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

“Penutupan perlu dilakukan kerana terdapat lima kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di Wisma Darul Iman baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Nor Azimi berkata hasil siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di pejabat empat Exco tersebut.

Penutupan sementara itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit dan membolehkan proses disinfeksi serta sanitasi dijalankan bagi mengelak penularan, katanya.—AlHijrah Online / BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading