KUALA LUMPUR: Lesen Khas Umrah (LKU) dimansuhkan! Jujurnya, penulis terkejut apabila mendengar berita tergempar ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) siang tadi.
Pertama, kerana penulis menyedari tentang perkara itu melalui sidang media peraturan baru umrah yang dikendalikan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan bukannya daripada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengendali umrah tempatan.
Kedua, kerana penulis dimaklumkan yang LKU dimansuhkan berkuatkuasa 1 September lalu, lebih dua minggu lalu, iaitu satu jangkamasa yang agak lama untuk MOTAC membuat pengumuman kepada orang ramai.
LKU dimansuhkan dan digantikan dengan penambahan bidang dalam lesen pengembaraan di dalam dan luar negara, penjualan tiket dan umrah atau singkatannya, IOTU.
Rata-rata wakil media yang datang ke sesi penerangan peraturan baru umrah MOTAC dengan agensi pengendali umrah pagi tadi tidak menjangkakan berita itu kecuali peraturan baru dikenakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 9 September lalu.
“Jadi apa yang
barunya hari ini. Bayaran tambahan Saudi Riyal (SR) 300 ini kita dah laporkan
minggu lalu,” kata wartawan berita AlHIjrah, Baizura Shafiee kepada penulis ketika
kami menunggu sidang media berlangsung.
Penulis datang ke sesi penerangan peraturan baru di PWTC itu kerana umrah adalah isu yang amat dekat di hati kita, umat Islam. Data terkini menunjukkan seramai 278,000 jemaah mengerjakan umrah pada musim 1440 Hijrah. Satu angka signifikan dengan skala ekonomi yang besar.
Minggu lalu, Arab Saudi mengumumkan langkah pemansuhan bayaran SR2,000 untuk jemaah umrah berulang bagi membolehkan lebih ramai jemaah berkunjung ke Tanah Suci sejajar dengan hasrat negara pengeluar minyak itu menyambut 30 juta jemaah pada 2030.
Namun pada masa sama, Arab Saudi mengenakan peraturan baharu iaitu bayaran tambahan SR300 atau “government fee” kepada setiap jemaah selain bayaran sedia ada SR200 yang meliputi visa umrah dan kos berkaitan.
Dengan kata lain, kos umrah secara keseluruhannya akan meningkat di sebalik pemansuhan bayaran SR2,000 bagi jemaah berulang itu.
Berbalik kepada LKU, apa yang menjadi perhatian kita adakah dengan pemansuhan lesen khas umrah itu akan berlaku kelonggaran kepada syarat-syarat bagi agensi pengendali umrah tempatan.
LKU dikuatkuasakan
pada 1 Oktober 2017 dengan tujuan utama untuk mengawal penipuan kes umrah di
negara.
Ia dikuatkuasakan Bahagian Pelesenan MOTAC, melalui Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), yang turut mempengerusikan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) iaitu badan penyelaras dan rujukan bagi memantau pengendalian umrah di negara ini.
LKU adalah langkah kawalan, antara lain bagi memastikan pakej umrah dikendalikan orang Islam; agensi atau pengendali umrah adalah sah dan mempunyai kontrak dengan muasassah (agensi pengendali umrah Arab Saudi) ataupun pengendali bernaung di bawah syarikat yang mempunyai kontrak muasassah; pengendali umrah tempatan mempunyai keupayaan kewangan kukuh; melindungi kebajikan jemaah dengan memastikan setiap pakej umrah mempunyai insurans dan paling penting, bertujuan mengekang penipuan umrah.
Semakan segera AlHijrah Online di laman web MKSU mendapati terdapat 85 syarikat pengendali umrah yang disenaraikan di bawah syarikat LKU yang berstatus muasassah dan 211 syarikat disenaraikan di bawah syarikat LKU bukan berstatus muasassah.
Kesemua syarikat yang tersenarai adalah pengendali umrah yang sah yang mana orang ramai di negara ini boleh dengan seratus peratus kepercayaan menjalankan umrah dengan syarikat terbabit yang mempunyai lesen khas umrah.
Persoalannya, adakah dengan pemansuhan LKU ini, pihak terbabit dapat memastikan fundamental penting pelaksanaan lesen khas umrah, iaitu bagi memastikan hanya syarikat orang Islam yang dibenarkan menjalankan pakej umrah dan kedua, memastikan penipuan umrah dikekang dengan peraturan ketat, dipertahankan.
Pakej umrah bukan pakej pelancongan atau pengembaraan semata-mata, sebaliknya ia membabitkan ibadah umat Islam dan seharusnya dikendalikan orang Islam sebagaimana semangat terkandung dalam penubuhan MKSU pada Ogos 2014.
Penulis adalah individu yang amat dekat dengan isu penipuan umrah dan bagaimana media (Berita Harian) pada awal Mei 2014 membangkitkan isu penipuan yang semakin menjadi-jadi ketika itu sehingga tertubuhnya MKSU untuk mengawal kes penipuan umrah pada Ogos tahun sama.
MKSU diterajui
Bahagian Pelesenan MOTAC dengan dianggotai wakil dari Jabatan Wakaf, Zakat dan
Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Kementerian
Pengangkutan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Lembaga
Tabung Haji (TH), MATTA dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan
Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA).
Antara kejayaan besar MKSU adalah memperkenalkan lesen khas umrah, menetapkan harga minimum RM4,900 bagi pakej umrah dan menyenaraikan syarikat pengendali umrah sah melalui portal dibangunkan JAWHAR sebagai rujukan orang ramai.
Malah Seksyen 5
(2) Akta Industri Pelancongan 1992 menetapkan mana-mana pihak yang mengendalikan
pakej umrah tanpa lesen khas boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi
RM50,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun.
Kita tentunya tidak mahu insiden penipuan umrah sepertimana berlaku pada Disember 2017 berulang di mana seramai 453 jemaah, termasuk warga emas, terkandas di Makkah kerana masalah penerbangan.
Lebih menyedihkan media ketika itu melaporkan jemaah terbabit yang berpindah dari hotel ke hotel, penerbangan ditunda dari satu tarikh ke tarikh lain sehinggalah terkandas dan terpaksa diselamatkan kerajaan, dikatakan hanya membayar RM3,800 bagi pakej umrah bernilai RM6,800 yang jelas satu bentuk penipuan licik.
Harga yang mereka bayar itu jika dirujuk harga minimum (RM4,900) pakej umrah ditetapkan MKSU adalah tidak masuk akal.
Persoalannya di sini adakah dengan pemansuhan LKU ini bermakna MKSU juga akan dibubar? Jika ia berlaku, tentunya menjadi langkah ke belakang dalam usaha pihak berkuasa menangani penipuan atas nama agama ini. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor Berita dan Penerbit TV AlHijrah
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked