ADAKAH RM1 DUIT ORANG LAIN YANG DISALAH BELANJA ITU KECIL?
Di dalam satu “townhall” saya menyebut berkenaan kebertanggungjawaban di dalam mentadbir dan mengurus duit orang lain. Saya sebut “Mungkin di akhirat kelak, Allah SWT akan memanggil CEO dahulu untuk dihisab”. Kemudian saya nampak pengerusi pun ada di barisan hadapan.
Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff / GAMBAR FB: Nik Hasyudeen
Perkongsian Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff
Di dalam satu “townhall” saya menyebut berkenaan kebertanggungjawaban di dalam mentadbir dan mengurus duit orang lain. Saya sebut “Mungkin di akhirat kelak, Allah SWT akan memanggil CEO dahulu untuk dihisab”. Kemudian saya nampak pengerusi pun ada di barisan hadapan.
Lalu saya kata “Mungkin Allah panggil Pengerusi dahulu, kemudian CEO dan lepas tu kesemua pegawai-pegawai yang membantu CEO di dalam membuat pelbagai keputusan”.
Kita tidak perlu menjadi pentadbir atau pengurus dana awam untuk terlibat dengan risiko tersalah belanja dana orang lain. Cukup sekiranya dana yang digunakan untuk membiayai operasi organisasi atau jabatan kita adalah dana awam seperti kutipan cukai.
Setiap sen perbelanjaan termasuk gaji kita bertujuan untuk menyampaikan kepada orang lain hak mereka melalui perkhidmatan atau peranan organisasi atau jabatan berkenaan.
Jika kita secara lansung memegang amanah dan tanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus dana seperti syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), tu memang tak boleh lari lah.
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pun kira masuk di dalam bakul yang sama.
Ini bermakna setiap sen yang dibelanjakan mestilah di atas dasar yang meletakkan kepentingan pemilik dana yang sebenar (baca: pembayar cukai dan rakyat yang ada hak ke atas dana) di atas kepentingan-kepentingan lain.
Oleh kerana sebagai orang Islam kita yakin kita semua akan dihisab dan diadili oleh Allah SWT di atas segala amal perbuatan kita di dunia ini termasuk keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan kita di dalam pejabat atau pun berniaga, adakah kita berani menyatakan RM1 duit orang lain yang disalah belanja atau salah labur itu kecil di sisi Allah SWT?
Satu perkara yang sering saya ingatkan diri saya dan pegawai-pegawai saya ialah jawapan kepada hisab Allah bukannya difikirkan ketika kita berhadapan dengan Allah.
Jawapannya ialah setiap tindakan dan keputusan kita di sini pada hari ini. Jika kita mahu memberikan jawapan yang terbaik, tindakan dan keputusan yang kita buat semasa mentadbir dan menguruskan organisasi kenalah yang terbaik juga.
Baik buruk sesuatu perkara bukannya dari perspektif kita tetapi dari apa yang sudah Allah SWT syariatkan. Jika keputusan yang dibuat popular di dunia tetapi melanggar batas-batas yang Allah telah tetapkan, adakah kita akan selamat di akhirat?
Jawatan dan kedudukan adalah amanah. Ianya datang dengan tanggungjawab yang akan Allah SWT hisab. Orang yang mencari jawatan untuk mendapatkan habuan tetapi tidak meletakkan amanah dan tanggungjawab sebagai perkara yang perlu dilaksanakan dengan ikhas, jujur dan penuh profesionalisme sebenarnya telah mengambil risiko yang amat besar.
Jika orang mencari kedudukan itu tidak ada kelayakan dari segi ilmu, kemahiran dan pengalaman, lagilah besar risiko yang diambil. Kalau hadir mesyuarat untuk angguk dan senyum sahaja kemudian dengan tak rasa bersalah menerima elaun kehadiran mesyuarat, dia memang tidak ingat akan hisab Allah di akhirat kelak.
Jangan sujud syukur apabila berjaya dilantik. Sujudlah apabila sudah melaksanakan kehendak dan amanah jawatan apabila sudah tamat perkhidmatan kita.
Kita adalah hamba Allah SWT 365 ataiu 24/7. Ibadah kita kepada Allah bukan hanya semasa solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Setiap perkara yang kita lakukan adalah peluang ibadah.
Bayangkan pahalanya apabila setiap duit orang yang berada di bawah pentadbiran dan jagaan kita dibelanjakan kepada perkara-parkara yang tepat dengan hak duit berkenaan.
Apabila kita tidak memisahkan pekerjaan dengan ibadah, kita akan menjaganya dengan penuh berhati-hati seperti mana kita mahu solat yang khusyuk, puasa yang diterima, zakat yang ikhlas serta haji yang mabrur.
Malah, saya tidak pelik sekiranya ganjaran yang diterima lebih besar kerana kita menjaga hak dan amanah golongan yang lebih besar dan ramai.
Ingat, RM1 duit orang lain itu bukannya kecil. — AlHijrah Online
PENULIS ADALAH BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA TABUNG HAJI
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.