Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ADIK USTAZ SYAMSUL DEBAT MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ADIK USTAZ SYAMSUL DEBAT MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Penceramah Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat berkongsi berita duka berkenaan pemergiaan adiknya Syamsul Hafiz Ismail.

KUALA LUMPUR: Penceramah Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat berkongsi berita duka berkenaan pemergiaan adiknya Syamsul Hafiz Ismail.

Allahyarham Syamsul Hafiz dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira 8.20 malam tadi.

“Adalah dimaklumkan bahawa adinda kesayangan saya iaitu Syamsul Hafiz bin Hj Ismail telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8.20 malam tadi. 

“Sesungguhnya ini merupakan suatu kehilangan yang sangat besar bagi diri saya sendiri begitu juga buat keluarga saya, lebih-lebih lagi isteri dan anak-anaknya. 

“Allahyarham akan dikebumikan di Bagan Serai, Perak pada Rabu selepas Zohor. 

“Mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh adinda saya ini diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amiin Ya Rabb…” kata Ustaz Syamsul Debat dalam hantarannya di TikTok. 

Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Syamsul Debat dan mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading