PALESTIN KECAM PERINTAH TRUMP HAPUSKAN SEKATAN KE ATAS PENEROKA HARAM ISRAEL
Keputusan Trump itu merupakan pembalikan terhadap tindakan dasar yang diambil oleh Biden, yang mengenakan sekatan terhadap beberapa kumpulan peneroka Israel dan individu-individu, membekukan aset mereka di AS dan melarang rakyat AS berurusan dengan mereka.
ISTANBUL: Kerajaan Palestin pada Selasa mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap peneroka haram Israel yang didakwa melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pada hari pertama beliau memegang jawatan, Trump menandatangani perintah eksekutif yang menarik balik sekatan yang dikenakan oleh presiden sebelumnya, Joe Biden, pada tahun lepas.
“Keputusan ini menggalakkan peneroka untuk melakukan lebih banyak jenayah,” kata jurucakap pihak berkuasa Palestin yang berpusat di Ramallah, Nabil Abu Rudeineh, dalam satu kenyataan.
Beliau menyeru pentadbiran AS yang baharu untuk “campur tangan bagi menghentikan jenayah ini dan dasar-dasar Israel yang tidak akan membawa keamanan dan keselamatan kepada sesiapa pun.”
Kementerian Luar Palestin turut mengecam langkah AS itu.
“Menghapuskan sekatan terhadap peneroka ekstremis menggalakkan mereka untuk melakukan lebih banyak jenayah terhadap rakyat kami,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kami terus berusaha untuk menghentikan keganasan peneroka dan menghapuskan sekatan-sekatan berkenaan,” katanya.
Keputusan Trump itu merupakan pembalikan terhadap tindakan dasar yang diambil oleh Biden, yang mengenakan sekatan terhadap beberapa kumpulan peneroka Israel dan individu-individu, membekukan aset mereka di AS dan melarang rakyat AS berurusan dengan mereka.
Pada Isnin, peneroka haram Israel melancarkan serangan terhadap kampung-kampung Palestin Al-Funduq dan Jinsafut di Tebing Barat yang diduduki, membakar rumah, kedai, dan kenderaan, menurut pegawai tempatan.
Ketegangan semakin memuncak di seluruh Tebing Barat berikutan serangan genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang mana sekurang-kurangnya 47,000 mangsa terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta lebih 110,700 cedera sejak 7 Okt 2023.
Sekitar 860 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 6,700 cedera akibat tembakan tentera Israel di wilayah yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan mula berkuat kuasa pada Ahad lepas di Gaza, menangguhkan serangan Israel ke atas wilayah Palestin itu.
Pada Julai lepas, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel selama berdekad-dekad ke atas tanah Palestin sebagai haram dan menuntut pengosongan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager