Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGAMA MELAYU: PERBINCANGAN MENDALAM AGAR TINDAKAN TIDAK DIANGGAP GOPOH

DALAM NEGARA

AGAMA MELAYU: PERBINCANGAN MENDALAM AGAR TINDAKAN TIDAK DIANGGAP GOPOH

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melakukan perbincangan yang mendalam termasuk bekerjasama dan mengambil pandangan pihak berkuasa agama negeri sebelum sebarang tindakan dibuat berhubung isu ‘Agama Melayu’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata langkah itu bagi memastikan sebarang tindakan yang akan dilakukan nanti benar-benar tepat dan tidak dianggap gopoh.

“JAKIM akan gunakan satu saluran untuk sama-sama bincang dengan pihak berkuasa negeri dan kita rumuskan satu keputusan antara JAKIM dan pihak negeri.

“Ia supaya apa yang kita akan lakukan atau ambil benar-benar tepat dan tidak dianggap gopoh atau tidak mempunyai maklumat,” katanya kepada media selepas Program YADIM Peduli Musa’adah PKP 2.0 di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung perkembangan terkini ‘Agama Melayu’ yang didakwa menolak ajaran Islam.

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata siasatan lanjut berhubung ajaran agama baharu atau ‘Agama Melayu’ dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Katanya hasil siasatan tersebut akan diberitahu kepada umum. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading