Connect with us

ALHIJRAH NEWS

AGONG DIMASUKKAN KE IJN SELEPAS MENGADU KURANG SELESA DENGAN KESIHATAN

DALAM NEGARA

AGONG DIMASUKKAN KE IJN SELEPAS MENGADU KURANG SELESA DENGAN KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan baginda dimasukkan di Wad Diraja IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

“Al-Sultan Abdullah dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu semalam dalam rangka lawatan peribadi telah bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan Al-Sultan Abdullah.

Tunku Hajah Azizah telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok (23 September 2020).

Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading