AGONG, PERMAISURI BERKENAN SEMBAH KENAL BALU, WARIS ANGGOTA POLIS TERKORBAN OP DAULAT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak dapat menahan sebak semasa berkenan menyaksikan persembahan pantonim pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan hari ini. Pantomim khas yang dipersembahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertajuk Op Daulat Kampung Simunul. Persembahan pantomim hasil karya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali itu membawakan kisah tragedi hari kedua pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Simunul atau Kampung Air Simunul selepas serangan berlaku di Kampung Tanduo. — fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah.
Pertemuan itu berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di sini dalam suasana sayu, usai persembahan pantomim bertajuk Op Daulat Kampung Simunul bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2023.
Balu dan waris terbabit mewakili enam wira yang gugur pada 2 Mac 2013 iaitu ACP Ibrahim Lebar, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Salam Togiran dan DSP Michael Padel.
Wira-wira yang gugur itu adalah dari Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.
Seri Paduka berdua yang sebak menyaksikan persembahan pantomim itu, kemudiannya turun dari pentas utama bertemu balu serta waris wira-wira negara yang terkorban itu dalam suasana yang semakin sayu dengan berlatarbelakangkan lagu “Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu” nyanyian penyanyi tersohor Uji Rashid.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mengurniakan sumbangan ketika menyantuni balu dan waris anggota PDRM dalam pertemuan itu yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Persembahan pantomim yang menyayat hati itu adalah hasil karya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali dan dijayakan oleh 150 anggota PDRM, Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Udara dan Pasukan Gerakan Am.
Pada 12 Feb 2013, lebih 200 pengganas Sulu yang memperkenalkan diri sebagai Royal Sulu Force (RSF) menceroboh secara berperingkat dari Pulau Simunul, Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkut di selatan Filipina ke Kampung Tanduo.
Kemuncak pencerobohan berlaku dengan kejadian tembakan pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan dengan RSF di Tanduo.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager