Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENINGGAL DUNIA SELEPAS 24 JAM LAFAZ SYAHADAH

DUNIA

MENINGGAL DUNIA SELEPAS 24 JAM LAFAZ SYAHADAH

Anthony Mark Wainwright, 60, dilapor oleh akaun Twitter @IlmFeed melafazkan kalimah suci itu ketika berada di atas katil di sebuah hospital tempatan.

BIRMINGHAM: Seorang pekerja lelaki di sebuah pasar raya meninggal dunia selepas 24 jam memeluk Islam, Jumaat lalu.

Anthony Mark Wainwright, 60, dilapor oleh akaun Twitter @IlmFeed melafazkan kalimah suci itu ketika berada di atas katil di sebuah hospital tempatan.

Wainwright terdahulu disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Memetik laporan di laman Twitter berkenaan, Wainwright tidak mempunyai keluarga dan waris.

Wainwright telah bekerja di sebuah pasar raya selama beberapa tahun dan dilapor menjadikan rakan-rakan sekerjanya yang kebanyakannya beragama Islam sebagai ‘keluarga besar’.

Video lelaki berkenaan mengucap dua kalimah syahadah disusuli kalimah Allahu Akbar oleh seorang rakan di hospital dalam keadaan uzur tular di media sosial.

Sebelum kematiannya, Wainwright dipercayai ada berpesan kepada rakan-rakan agar majlis pengebumiannya dilakukan berhampiran dengan masjid, dan bukannya di gereja.

Memetik laman Twitter Greenlane Masjid, puluhan penduduk setempat beragama Islam hadir pada majlis persemadian jenazah Wainwright. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading