Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AHLI POLITIK PERLU BERSAMA PULIHKAN MALAYSIA – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

AHLI POLITIK PERLU BERSAMA PULIHKAN MALAYSIA – ISMAIL SABRI

Sumber Gambar: ARKIB

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua ahli Dewan Rakyat sama ada blok kerajaan atau pembangkang agar menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya berkata, kesemua ahli politik harus berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan.

“Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita, iaitu Keluarga Malaysia.

“Frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum. Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.

“Konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga,” katanya hari ini.

Ismail Sabri turut menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuas Khas Menangani COVID-19.

Jelasnya, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading