PUTRAJAYA – Alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran, tidak
berkesan mengurangkan bil elektrik pengguna seperti yang diiklankan,
kata Suruhanjaya Tenaga.
Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Tenaga berkata, kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara, selain tiada mana-mana badan bertauliah membuktikan alat tersebut memberi kesan penjimatan tenaga elektrik.
Katanya,
pengguna mungkin terpengaruh dengan demonstrasi penjual yang menunjukkan
perbandingan kadar arus elektrik yang menjadi lebih rendah setelah ESD
dipasang.
“Kadar arus akan berkurangan, namun jumlah kuasa yang direkodkan
tetap sama, mengikut bilangan dan kadar kuasa peralatan elektrik yang
digunakan.
“Ini sekali gus tidak akan memberi perbezaan ketara
terhadap penggunaan elektrik yang diukur berdasarkan kilowatt-jam (kWj)
penggunaan dengan menggunakan formula Arus x Voltan x Faktor Kuasa x
Masa digunakan,” kata suruhanjaya itu.
Suruhanjaya Tenaga berkata, pemasangan ESD tidak memberi penjimatan bil elektrik di premis domestik sehingga 30 peratus seperti yang didakwa, kerana meter elektrik merekodkan penggunaan kuasa sebenar (kWh) sedangkan ESD, yang komponen utamanya merupakan kapasitor, hanya memberi kesan kepada penggunaan kuasa reaktif (kVaR).
Bagaimanapun, suruhanjaya itu berkata penggunaan kapasitor, memberi manfaat kepada pemasangan elektrik di sektor industri yang banyak menggunakan beban induktif, kerana ia dapat menambah baik kadar kuasa sistem bekalan pengguna dan seterusnya mengelakkan pengguna dikenakan penalti oleh pihak utiliti.
Orang
ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan yang
mengatakan ESD ini, termasuk dalam bentuk kad, boleh mengurangkan jumlah
bil elektrik,” kata suruhanjaya itu yang turut menyelar tindakan pihak
yang menggunakan logonya bagi tujuan promosi ESD di media sosial dan
jualan terus kepada orang ramai.
Suruhanjaya itu menegaskan ia
tidak pernah meluluskan apa-apa produk ESD dan tindakan akan diambil
terhadap pihak yang menyalahgunakan logo mereka.
Bagi menjimatkan penggunaan elektrik, Suruhanjaya Tenaga menyarankan orang ramai membudayakan amalan cekap tenaga termasukkan menggunakan alat mempunyai label cekap tenaga dan mematikan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.