Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, JOHOR

DALAM NEGARA

AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, JOHOR

Penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula esok hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata kawasan terlibat adalah seluruh Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading