Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAK PUKUL BAPA GUNA KERUSI, TAK PUAS HATI DITEGUR BACA DOA BERBUKA PUASA LAJU

DALAM NEGARA

ANAK PUKUL BAPA GUNA KERUSI, TAK PUAS HATI DITEGUR BACA DOA BERBUKA PUASA LAJU

Seorang lelaki bertindak memukul bapanya menggunakan kerusi selepas tidak berpuas hati akibat ditegur membaca doa berbuka puasa terlalu laju, di sebuah rumah di Kajang, semalam.

KAJANG: Seorang lelaki bertindak memukul bapanya menggunakan kerusi selepas tidak berpuas hati akibat ditegur membaca doa berbuka puasa terlalu laju, di sebuah rumah di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam itu melibatkan mangsa, 63, dipukul anak lelakinya, 34, semasa ingin berbuka puasa.

“Suspek tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.

“Bagaimanapun kejadian dileraikan salah seorang anak mangsa sebelum menghubungi pihak polis,” katanya hari ini.

Kemudian suspek berjaya ditangkap polis selain merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.

Katanya, warga emas itu mengalami kecederaan di bahagian dahi serta tapak tangan.

“Suspek kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading