ANWAR BERTEMU PM JORDAN, TEKAN KEPENTINGAN SOKONG PENGIKTIRAFAN NEGARA PALESTIN DI PBB
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan Malaysia buat Jordan yang memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin.
RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini hari ini.
Pada pertemuan itu, yang bermula pada 2.05 petang waktu tempatan dan berlangsung kira-kira 20 minit, beliau turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan Malaysia buat Jordan yang memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin.
Pada 19 April lepas, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto bagi menolak usul PBB untuk mengiktiraf negara Palestin dalam pengundian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sekali gus menafikan keahlian penuh Palestin dalam badan dunia itu.
Menyentuh mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara, Anwar menzahirkan penghargaan atas jemputan Raja Jordan Raja Abdullah II untuk berkunjung ke negara itu pada tahun ini.
Beliau turut mengulangi hasrat untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama Pertama pada 2025 yang tertangguh sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.
Kedua-dua pihak bersetuju mengembangkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya perdagangan dua hala yang kini bernilai US$263 juta (RM1.25 bilion).
Bagi sektor pelancongan, Malaysia mencadangkan memorandum persefahaman baharu dimeterai dalam kerjasama membabitkan kebudayaan, kesenian dan warisan.
Kedua-dua pemimpin juga bersetuju meneroka kerjasama dalam penyediaan perkhidmatan pembiayaan perdagangan Islam selain kerjasama membabitkan kepakaran syariah, kajian dan undang-undang perbankan untuk meneroka bidang baharu seperti inovasi, fintech atau teknologi kewangan serta kemampanan.
Malaysia dan Jordan turut bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan.
Kedua-dua pemimpin juga membincangkan beberapa perkara antaranya bidang pendidikan, perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertahanan, perbankan Islam dan kesihatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked