CHEGU BARD DIDAKWA KELUAR KENYATAAN FITNAH, MENGHASUT
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Dia didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari, 6 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, boleh membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Badrul Hisham juga didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada 6 petang 22 Jan lepas, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, mengambil kira kesalahan yang dilakukan melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
“Pihak pendakwaan juga memohon perintah larangan bersuara (gag order) agar kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan umum di mana-mana platform media sosial sehingga kes selesai,” katanya.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisham memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan empat anak, selain memaklumkan bahawa jumlah jaminan RM20,000 yang ditawarkan pendakwaan agak tinggi berbanding hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Hasutan (RM5,000).
“Pihak kami bagaimanapun membantah perintah larangan bersuara kerana berpendapat ia adalah tidak berperlembagaan kerana rakyat perlu diberi kebebasan bersuara. Pihak pendakwaan juga tidak mengkhususkan perintah larangan yang dipohon,” kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan Badrul Hisham diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menolak perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan, di samping menetapkan 27 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu ketika sidang media di lobi mahkamah selepas prosiding, Badrul Hisham memaklumkan dia juga akan didakwa atas satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok di bawah Akta Hasutan, berkenaan hantaran di laman Facebooknya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.