ARAB SAUDI PERTINGKAT KAWALAN KESELAMATAN

Sumber Gambar: AFP

MEKAH: Kawalan keselamatan yang lebih ketat akan dilaksanakan di Mekah dan tempat suci yang lain bagi mengelak kemasukan individu yang tidak dibenarkan ketika musim haji.

Antaranya langkah penguatkuasaan ialah jemaah haji tidak dibenarkan berjalan kaki dari masjid besar ke Arafah, atau antara Arafah Muzdalifah dan Mina.

Menurut Komander Pasukan Keselamatan Haji, Jeneral Zayed Abdul Rahman Al Tuwayan, bagaimana pun jemaah dibenarkan bergerak antara lokasi tersebut dengan menaiki bas yang disediakan.

“Bas itu mempunyai empat warna. Setiap daripadanya merujuk kepada daerah tertentu dalam kota suci,” katanya.

Selain itu, kesemua pintu masuk ke Mekah dipantau bukan hanya oleh petugas keselamatan tapi kamera pengimbas haba bagi menghalang kemasukan individu tanpa permit haji.

“Lembah dan gunung yang mengelilingi Makkah sepenuhnya dikawal rapi bagi mengelakkan dibolosi mereka tanpa permit dengan dipantau pasukan Mujahidin dan dilengkapi dengan kamera untuk menggagalkan cubaan memasuki tanah suci,” katanya.

Katanya lagi, dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah, jemaah boleh memasuki masjidil haram antara jam 6 pagi pada hari ketujuh Zulhijjah dan ibadat tawaf boleh dilakukan dengan kapasiti 4 ribu hingga 6 ribu jemaah bagi setiap jam.

Arab Saudi sebelum ini mengumumkan akan membenarkan ibadah haji kepada 60 ribu penduduk negara itu yang telah menerima vaksin.—AlHijrah Online

Leave a Reply