Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEDAI BUKU, KEDAI KOMPUTER DAN KOMUNIKASI DIBENAR BEROPERASI

DALAM NEGARA

KEDAI BUKU, KEDAI KOMPUTER DAN KOMUNIKASI DIBENAR BEROPERASI

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Kedai buku dan alat tulis serta kedai komputer dan komunikasi dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula esok, Jumaat 16 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan diambil setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar.

“Pandemik COVID-19 ini telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

“Kebenaran tersebut juga bagi memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa ganguan,” dalam kenyataan beliau, hari ini.

Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Kanan (Pertahanan) turut memaklumkan kebenaran pergerakan pelajar bagi tujuan peperiksaan dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD.

Ujarnya pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading