CAC SECARA MAYA DIBANGUNKAN UNTUK ELAK KESESAKAN

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akan dilaksanakan secara maya atau ‘virtual’ bagi kegunaan pesakit COVID-19 tidak bergejala dan bergejala ringan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata, keputusan itu untuk memastikan kapasiti pesakit di CAC sedia ada dapat dikurangkan dan tidak berlaku kesesakan.

“Pemantauan kes-kes tersebut akan diadakan secara maya tanpa keperluan menghadiri secara fizikal di CAC,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, pesakit yang perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) akan dipantau melalui aplikasi MySejahtera atau lain-lain aplikasi.

Beliau memaklumkan pesakit tidak akan dipakaikan gelang namun mereka perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam tempoh kuarantin.–AlHijrah Online

Leave a Reply