Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI UMUM HARI ARAFAH PADA 5 JUN 2025

DUNIA

ARAB SAUDI UMUM HARI ARAFAH PADA 5 JUN 2025

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji jatuh pada 5 Jun 2025.

Gambar fail Hari Arafah. – AFP

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji jatuh pada 5 Jun 2025.

Pengumuman itu dibuat selepas negara tersebut turut mengumumkan 1 Zulhijah di Arab Saudi bermula pada 28 Mei selepas penampakan anak bulan.

Tarikh Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi pula adalah pada Jumaat, 6 Jun 2025.

Melalui pengumuman tarikh-tarikh penting itu, ibadah haji akan bermula pada 4 Jun 2025 iaitu pergerakan jemaah menuju Arafah.

Dalam satu sidang media pada Isnin, Menteri Haji Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah, berkata bahawa lebih sejuta jemaah dari seluruh dunia telah pun tiba di negara itu.

Tahun lalu, seramai 1.8 juta umat Islam melaksanakan ibadah haji, menurut angka rasmi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, haji berlangsung ketika musim panas terik di Arab Saudi.

Pada tahun 2024, suhu tertinggi mencecah 51.8 darjah Celsius dan lebih 1,300 orang meninggal dunia akibat cuaca panas pada bulan Jun, menurut pihak berkuasa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading