Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS KENAKAN SEKATAN TERBAHARU TERHADAP IRAN

DUNIA

AS KENAKAN SEKATAN TERBAHARU TERHADAP IRAN

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengenakan sekatan baharu terhadap Iran, beberapa hari selepas serangan peluru berpandu Iran yang menyasarkan tentera AS di Iraq, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah terbaharu itu termasuk sekatan ke atas pembuatan logam dan sektor ekonomi Iran yang lain, kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Steven Mnuchin kepada wartawan pada taklimat media di Rumah Putih.

Mnuchin berkata Perbendaharaan juga telah mengenal pasti lapan pegawai kanan Iran.

Presiden Donald Trump dalam ucapannya pada Rabu berkata “AS akan segera mengenakan sekatan tambahan terhadap sektor ekonomi rejim Iran.

Pentagon berkata Iran telah melancarkan 16 peluru berpandu terhadap dua pangkalan tentera di Iraq yang menempatkan askar AS dan pasukan gabungan, awal minggu ini.

Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu, sebagai serangan balas terhadap kematian komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading